Monday, September 8, 2008

Muhibah???

*Terbitan ini ditulis khas dalam Bahasa Melayu bagi menunjukkan bahawa saya bukan hanyalah pendatang dari China di Malaysia.*

Aku berasa sangat marah ketika terdengar apa yang di ucapkan oleh Ahmad Ismail di berita 2 hari yang lalu... Beliau berkata bahawa Malaysia ialah milik Melayu, kaum Cina dan India hanyalah pendatang dari zaman British, atas ketidakadilan British, kaum Cina dan India diberi kewarganegaraan tanpa syarat selepas Merdeka.

Malaysia baru sahaja menyambut Hari Kebangsaannya yang ke 51. Tema Hari Kebangsaan kali ini ialah 'Perpaduan Teras Kejayaan'. Namun begitu, apa yang saya nampak bukanlah seperti yang didakwa. Pemimpin ini bukan sahaja tidak memcuba untuk menyatukan rakyat Malaysia, sebaliknya beliau cuba untuk membuat sejarah 13 Mei kembali berulang...

Fikir-fikirkanlah, nenek moyang kami telah datang dari China dan India dan telah bertungkus-lumus membanting tulang dari pagi ke petang di lombong bijih timah dan di ladang getah di Tanah Melayu selama berpuluh-puluh tahun. Kaum Cina dan India bukan datang dari kampung halaman masing-masing untuk bersantai. Mereka bukan sahaja menyumbang dari segi ekonomi. Meraka juga bersama-sama berjuang demi kemerdekaan dan kebebasan negara ini...
Setelah berjuang demi negara ini, aku percaya mereka berhak mendapat hak kewarganegaraan negara ini.

Seperkara lagi yang saya tak faham ialah bagaimana beliau boleh mendakwa bahawa negara ini milik Melayu sedangkan orang asli yang mula mula sekali menetap di negara ini. Bukankah Melayu juga pendatang di negara ini. Melayu berasal dari wilayah Yunan di China. Perkara ini diketahui umum. Jadi bagaimana Malaysia ini menjadi milik Melayu??? Bagaimana pulak dengan orang asli yang telah diketepikan???

Saya berharap bahawa rakyat Malaysia jangan dipengaruhi oleh ucapan seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini...


*Terbitan ini tidak bertujuan untuk mempermainkan unsur perkauman*

4 comments:

Lasker said...

Ahmad Said doesn't read history.
Ahmad Said is a horrible leader.
Ahmad Said needs to appologize.
Ahmad Said should not get our vote in the next election.

TheJessicat said...

Sejak bila saudariku begitu fasih dalam Bahasa Malaysia?
Berbanggalah kerana ini bahasa jiwa bangsa kita semua.

Pada perdapat saya, Ahmad Said adalah seorang yang tidak berbaloi.

=)

Anonymous said...

Ahmad Ismail ini orang tak ada otak!!

Anonymous said...

tak per lar, dia dah kena suspend..padan muka dia..